Dalam Sujud Cintaku by Halim

Lagu terbaru daripada saudara Halim..sila hayati liriknya..jgan sekadar dengar shaja..masyaALLAH..

title DALAM SUJUD CINTAKU
composed, written & performed by
ABD HALIM BIN AHMAD

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...

 

0 comments: