Dalam Hidup Ni, Kita Cuma Ada 3 Hari je..Apa Anda Nak Buat???

Dalam hidup yang kita jalani ini, kita cuma mempunyai 3 hari sahaja..nak tau apa yg 3 hari tu??
meh nak habaq..

1st Day....hari apa itu ye?????

Hari pertama : Hari kelmarin.
Hari kelmarin, sudah berlalu pergi..
Kita tak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi.
Kita tak boleh menarik perkataan yang telah terucapkan.
Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin.
Jadi...Biarkan hari kelmarin itu berlalu pergi dan beristirahat dengan tenang..lepaskan saja ia pergi.....

haa....2nd day pulak.....

Hari kedua : hari esok.
Hingga mentari esok hari terbit,
Kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Kita tak boleh melakukan apa-apa esok hari.
Kita tak mungkin sedih atau ceria di esok hari.
Esok hari belum tiba.
Jadi...belum tentu hari esok kita akan tempuh..biarkan saja..

3rd day............

Yang ada dan tersisa kini hanyalah hari ini.
Pintu masa lalu telah tertutup,
Pintu masa depan pun belum tiba.
Tumpukan saja diri kita untuk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.
Hiduplah hari ini. sebab... masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit.
Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meski mereka berlaku buruk pada kita.
Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin besok cerita sudah berganti.
Ingatlah bahwa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi karena siapakah diri kita sendiri
Jadi.. jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau masa depan membuatmu
bingung, lakukan yang terbaik HARI INI dan lakukan sekarang juga..
NOW!!!

Hebatnya Kalau Kita Dapat Menulis Di Atas Pasir Kan???



"Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorangnya menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati,tapi tanpa berkata- kata, dia menulis di atas pasir : "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU."
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang,dia menulis di sebuah batu : "HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”
Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.”



MasyaALLAH..hebat kan kalau kita boleh menulis di atas pasir seperti sahabat tadi..walaupun sahabatnya tadi telah melukakan hatinya, tapi dia menulisnya di atas pasir agar angin membawa tulisan itu pergi seterusnya rasa sakit hati itu juga turut pergi dari hatinya..
memang x dapat dinafikan, dlm hidup ini, kita sering berbeza pendapat ataupun berlakunya konflik antara sahabat2, tapi alangkah indahnya jika kita belajar memaafkan dan melupakan kisah lalu..mungkin ada sesetengah orang yang susah nak maafkan orang bahkan payah nak lupakan sesuatu yg berlaku, tapi, x salah kita mencuba kan.."JANGAN KATA TAK BOLEH JIKA KITA BELUM MENCUBA" ataupun sekurang-kurangnya, belajarlah..belajar untuk memaafkan..sifat pemaaf itu kan disukai oleh ALLAH dan juga Rasulullah SAW. 
dan, apabila seseorang berbuat baik kepada kita, tulislah ia di atas batu agar ia x akan hilang dan ditiup angin. selalu lah ingat sesuatu kebaikan yg seseorang itu pernah lakukan kepada kita, walaupun kebaikan yg dilakukannya tidak lah sebesar mana, namun, tetaplah tulis ia di atas batu agar nanti suatu saat, jika seseorang itu melukakan hati kita, kita dpt ingat dan sedar bhawa dia pernah melakukan kebaikan kpd kita. selalulah hargai apa yg kita ada, apa yg berada di sekeliling kita. belajarlah untuk memaafkan dan menghargai segala kebaikan..

Seperti jua kata para hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah  kebaikan org  pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”.kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk  akan kembali kepadaNya.marilah kita sama2 belajar menulis diatas pasir.
Menuliskan hal yg tidak baik diatas “pasir” , agar masih ada kesempatan hembusan angin maaf akan menghapusnya kelak.
Belajarlah menulis kebaikan di atas batu
Selalu lah ingat kebaikan yg pernah kita terima dari orang lain..
insyaALLAH..ayuh sama2 kita BELAJAR!!!




دعاء الرابطة






Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…


-smoga hati2 kta smua bersatu dlm pjuangan demi matlamat yang SATU..

Siti Aisyah..Terima Kasih Kerana Pernah Hadir Dalam Hidup Kami..

Assalamualaikum wbt..
semakin rajin je jejari ni mnaip kt sni ye..kta x nak update tp ttibe pulak rsa rajin smacam..pelik sungguh..mood boleh sentiasa berubah-ubah..utk post kali ni, just nak cerita la sikit antara peristiwa2 yg berlaku sepanjang cuti hujung tahun akhir hari 2..percutian sy bersama family bermula dengan trip ke dungun, terengganu..tujuan asalnya cuma nak menghadiri majlis konvokesyen sepupu yg baru sahaja tamat belajar drpd UiTM Dungun..so, alang2 dah sampai Terengganu 2 kan, jalan2 sekali la..walaupun x banyak tempat yg sempat pergi tp, ia sangat best la sbb dapat bsama dgn family..bukan senang nak berkumpul rmai2 ngan family, time cuti macam ni je la..ni la antara foto2 yg sempat diambil sepanjang berada di sana..


bersama nenek, mak su, ayh su, mak yah & spupu yg chumil2 sume..
tempat persinggahan kami..
masyaALLAH..indahnya ciptaan ALLAH SWT..
Namun, tanpa disangka, tanpa diminta, ujian pula yang melanda keluarga kami..bermula dengan keceriaan, keseronokan, namun berakhir dengan kesedihan, kehampaan..alangkah terkejutnya ketika berita itu sampai kpd sy..semua perasaan bercampur-baur..sedih, kecewa, hampa..betul ke ni?? Knape boleh jd macam ni?? Kenape?? Itulah persoalan yg bermain dlm kotak fikiran..namun itulah kenyataan, itulah hakikat..nak x nak, sy dan keluarga harus terima..hati sedih bertambah sayu tatkala melihat sekujur tubuh kecil itu lena dalam tidur yg panjang..belum sempat mengenal dunia, belum sempat melihat kebesaran alam ciptaan ALLAH, belum sempat bersua muka dengan insan yang mengandungkannya selama 8 bulan, dia pergi meninggalkan kami semua..perasaan sy msa 2, hanya ALLAH yg tahu..


Siti Aisyah..itulah nama yg diberi..siti aisyah, setelah lapan bulan berada dalam rahim kakak sulong sy, akhirnya dilahirkan tanpa nyawa..doktor mengesahkan yg siti aisyah sudah meninggal dlm kandungan kak long sy selama 7 hari sebelum dilahirkan..ssungguhnya ALLAH itu berkuasa ke atas ssuatu..cuba bayangkan ibu mana yg x kecewa, sedih, hampa kalau anak yg dikandungkannya dgn ssah pyah selama 8 bulan, dilahirkan tp scara automatik trus ke alam yg lain..tambah2 lagi ank sulong dan juga mrupakan ank sdara sulong kami smua adk-bradik..memang sedih..sy masih ingat raut wajah abg ipar dan mak sy saat menerima berita itu. Titisan air mata abg ipar sy masih segar dlm ingatan..namun, yg paling terkilan, kak long sy sendiri x sempat mnatap wajah siti aisyah. Tp, ALLAH maha besar, wlaupun kak long sy melahirkan ank pertama, yg mna klu dengar org kata, melahirkan ank pertama ni susah kan, tp ALHAMDULILLAH, kak long sy dpt bersalin dgn normal dan dlm keadaan yg cukup senang, x mhadapi ksulitan langsung..dan, dia melahirkan siti aisyah pun bukan dlm bilik bersalin, tp atas katil kt wad biasa..sbb lpas doktor x dpt dtect jantung baby pd msa 2, kak long sy trus dimasukkan dlm wad bersalin. Dan x smpai tempoh 24 jam drpd dimasukkan ke dlm wad, kak long sudah slamat melahirkan. ALLAH itu maha adil kan, walaupun anaknya meninggal, nmun ALLAH ringankan beban ibu utk mlahirkannya..maha suci ALLAH..


Pd malam pkebumian siti aisyah, kak long sy yg pd masa 2, msih dlm wad x putus2 hntar SMS kpd sy utk btanyakan bgaimana proses pkebumian dijalankan. Drpd awal hingga akhir, sy setia dgn telefon, dan sedia utk melaporkan stiap pkara yg dijalankan. Namun, sy x dpt menahan prasaan saat kak long sy bertanya kpd sy bgaimana rupa anaknya.ada iras sapa? Comel x? YA ALLAH..sedih sgt..dlm hati sy menyalahkan jururawat yg x spatutnya trus bwa pergi baby 2 lepas dilahirkan..wlaupun baby 2 dah mninggal, nmun mesti lah ibu nya nk menatap wajahnya buat kali pertama dan juga terakhir..ksian kak long sy..wlaupun pyah, tkut kakak sy bertambah sedih, sy ceritakan jgk serba sdikit..”baby comel sangat..ade iras2 abg long tp hidung dia mancung mcm kak long..” itulah yg sy beritahu kakak sy..namun, utk mnunaikan permintaannya spy ambil gambar siti aisyah, x dpt sy tunaikan..ade drpd klangan ahli kluarga yg x mbenarkan sy ambil gambar. Sedih la jugak, tp kakak sy dpt terima la..die kata, “ok..”. dan pada malam 2, nenek sy yg temankan kakak sy kt hospital pd mlam pngkebumian 2 cakap kak long sy menangis..ye la, sape yg x sedih kalau org lain msuk bilik bersalin, keluar dan msuk dlm wad balik dgn baby tp kakak sy…….melahirkan mcm org lain tp anaknya tiada..org lain dok main2 ngan anak tp dia……anaknya yg dikandungkan slama ini, blum sempat melihat dunia tp trus dibawa ke alam barzakh..malam itu, siti aisyah selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah abah sy..


Namun, kami sekeluarga percaya setiap berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin ALLAH ingin memberi yg lebih baik selepas ini..sy sangat terharu melihat kekuatan dan juga ketabahan kak long dan abg long sy..ikatan mereka juga bertambah kuat bila datangnya ujian sebegini.  


Dan kini, setelah sebulan lebih berlalu, kakak sy sdah smakin sihat dan insyaALLAH akn meneruskan perjuangannya sbg seorang pendidik lepas cuti rya cina ni..ssungguhnya ujian itu mbuatkan seseorang lebih kuat, lebih tabah.. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. jadi, jangan fikir ujian itu utk mlemahkan kita..think positive k..setakat ini dulu utk post ni ye..lain kali jumpa lg..assalamualaikum..
kak long & abg long tersayang..


e-one, adik, kak long & e-din..

Setelah Sekian Lama..

Assalamualaikum..

buat sahabat2, kawan2, teman2 yang selama ini masih sudi mengunjungi blog sy yg x sberapa ini, wlaupun dah lama x update, tp korang still lg sudi jenguk sini..trima kasih ye...

cakap pasal x update blog ni, memang lama sangat la sy x update kan, kali terakhir yang sy ingat pd bulan 11 hari 2..memang lama..

nak citer la skit kan, sy x update blog pd mulanya bkan sbb malas ke ape tp bila time cuti, line brodband kt rumah x brapa sangat..so, nk bkak blog pn byk yg sngkut..so, x dpt la nk update..tp, bila dah lama x update 2, mula lah malas nk aktif kembali dan sy pun ada jgk terfikir utk x nak berblog lg..tp, fikir2 balik, sayang pulak kt blog sy yang comel lote ni..huhu..dan, malam ni pulak tetiba je tangan ni rasa gatal je nk menaip..
dan, sempena post sy yang pertama di tahun 2011, sy nk laungkan kepada smua yang sy sekarang sudah selamat bergelar pelajar ijazah...yahooooooooooo..
logo IPSAH...


akhirnya, setelah setahun stengah berada di bumi IPSAH, setelah setahun stengah bergelar pelajar persediaan, kini, sy boleh berbangga krn telah berjaya mengharungi sgala cabaran dan dgaan, dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..wah, seronoknya..excited sangat..
tp, yang kurang bestnye, bila dah naik ke pringkat ijazah ni, kerja makin banyak, msa utk main2, tidur, makan pun dah berkurang..sekarang baru sy tahu perasaan kakak2 sy dan jugak senior2 yg 'mkan garam' terlebih dahulu daripada sy..bukan mudah nak dapatkan ilmu kan..kena hadapi berbagai-bagai dugaan, cabaran, rintangan utk berjaya..tp, sy x akan sekali-kali berputus asa, sy akan berjuang bersungguh-sungguh utk memastikan sgulung ijazah itu berada kemas dalam genggaman tangan sy..insyaALLAH..

sy bangga jd GURU..
cakap pasal pendidikan ni, suka sy kongsikan bersama sahabat2 semua serba-sdikit tentang program PISMP ni..program ni singkatan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan..selalu kita dengar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kan, tp yg ni khusus kepada perguruan. Kursus ni hanya ditawarkan kat IPG (Institut Pendidikan Guru) sahaja. kt sini,kami diberi latihan khusus utk menjadi seorang guru. dan, untuk PISMP sem 1 mcm sy, utk sem ni kami akn belajar subjek2 spt perkembangan kanak-kanak, falsafah dan pendidikan di Malaysia, pedagogi pendidikan dan sbgnya yg berkaitan dengan pendidikan. walaupun subjek2 ni nampak mcm senang, tp bila kta da start belajar, barulah kta tahu bhawa ia bukannya senang spt yg disangkakan dan sy pun mla sedar bhawa nak jadi seorang guru ni bukannya senang. 

tp la kan..pd masa skarang ni, sgelintir masyarakat mmandang rendah terhadap profesion perguruan. selalu kita dengar ungkapan2 seperti, "eh, jadi cikgu je?", "alaa..cikgu je pun, bkannya doktor, engineer ke apa..", "la..dpt result tinggi2, msuk IPG nk jadi cikgu je, baik x yah belajar."...itulah antara ungkapan2 yg slalu kta dengar, ungkapan2 'panas' yg meremehkan kerja sebagai seorang guru. apa hina sangat ke jadi cikgu? masyarakat skarang kena buka mata, tanpa seorang guru, mereka yg kerja sbg doktor, engineer, ataupun pilot skalipun, x kan dapat jadi apa yg mreka jadi sekarang tanpa seorang guru. cuba fikir balik, sapa yang ajar doktor 2 dulu, sape yg ajar dia masa kt sekolah dlu kalau bukan guru. guru lah yg bersusah pyah, berkorban masa, tenaga dan juga wang utk mendidik, membentuk seseorang itu utk mjadi 'manusia'. sedih sangat bila mengenangkan taraf guru yg dahulunya berada di atas tp sakarang ni seolah-olah sudah berada ranking yg pling bawah dan sdah mla dipijak-pijak oleh manusia yg dikurniakan akal tp x mau berfikir. kalau dahulu, guru disanjung, dihormati, dan disayangi oleh pelajar, tp sekarang berapa kerat je yg masih ade prasaan sebegitu terhadap guru mereka. keadaan dahulu dan sekarang sudah tidak sama..kalau dahulu, nak mendapatkan ilmu 2 susah, hanya bergantung kepada guru sahaja, sebab itu mereka sangat menghormati guru, x berani nak lawan cakap guru sebab nanti kalau guru 2 marah, mereka x kan dpat belajar. tapi sekarang, smuanya sudah maju, zaman sudah berubah..sekarang dah ade komputer, internet dan mcm2 lagi la yg membolehkan kta belajar tanpa bergantung kepada guru semata-mata. sekarang ni, nak belajar x ada cikgu pn x pe..dan sebab inilah pelajar2 mla merasakan guru itu tdk penting dan tanpa guru pun diorang boleh belajar ape..kdg2, bnda ni pun bpunca drpd ibu bapa jugak. kalau dulu ibu bapa hantar anak ke sekolah, mreka menyerahkan hak dan kuasa spenuhnya kpd guru utk mndidik ank mereka. kalau ank itu mlakukan ksilapan atau ksalahan, ibu bapa akn mnyuruh dan mbenarkan ank mreka dipukul utk tjuan mengajar, tp cuba tengok berapa kerat ibu bapa yg mlakukan hal yg sama pd msa skarang?? ssah sgt nk dpt ibu bapa yg macam 2..silap ari bulan, guru 2 plak yg disaman sbb pukul anak mereka. sedih sangat..




alamakk...sedar x sedar dah panjang rpanya sy dok membebel kt sini..sorry ye, terlebih plak..dah lma x update blog kan..rsanya setakat ni je la kot dulu..dan, sebelum tu, utk masyarakat di luar sna, fikir2kan, renung2kan..hrap2 anda cpat la sedar ye..
ok, maaf andai ada yg terasa ataupun tersinggung..minta maaf ye..assalamualaikum..jumpa lagi..