Siti Aisyah..Terima Kasih Kerana Pernah Hadir Dalam Hidup Kami..

Assalamualaikum wbt..
semakin rajin je jejari ni mnaip kt sni ye..kta x nak update tp ttibe pulak rsa rajin smacam..pelik sungguh..mood boleh sentiasa berubah-ubah..utk post kali ni, just nak cerita la sikit antara peristiwa2 yg berlaku sepanjang cuti hujung tahun akhir hari 2..percutian sy bersama family bermula dengan trip ke dungun, terengganu..tujuan asalnya cuma nak menghadiri majlis konvokesyen sepupu yg baru sahaja tamat belajar drpd UiTM Dungun..so, alang2 dah sampai Terengganu 2 kan, jalan2 sekali la..walaupun x banyak tempat yg sempat pergi tp, ia sangat best la sbb dapat bsama dgn family..bukan senang nak berkumpul rmai2 ngan family, time cuti macam ni je la..ni la antara foto2 yg sempat diambil sepanjang berada di sana..


bersama nenek, mak su, ayh su, mak yah & spupu yg chumil2 sume..
tempat persinggahan kami..
masyaALLAH..indahnya ciptaan ALLAH SWT..
Namun, tanpa disangka, tanpa diminta, ujian pula yang melanda keluarga kami..bermula dengan keceriaan, keseronokan, namun berakhir dengan kesedihan, kehampaan..alangkah terkejutnya ketika berita itu sampai kpd sy..semua perasaan bercampur-baur..sedih, kecewa, hampa..betul ke ni?? Knape boleh jd macam ni?? Kenape?? Itulah persoalan yg bermain dlm kotak fikiran..namun itulah kenyataan, itulah hakikat..nak x nak, sy dan keluarga harus terima..hati sedih bertambah sayu tatkala melihat sekujur tubuh kecil itu lena dalam tidur yg panjang..belum sempat mengenal dunia, belum sempat melihat kebesaran alam ciptaan ALLAH, belum sempat bersua muka dengan insan yang mengandungkannya selama 8 bulan, dia pergi meninggalkan kami semua..perasaan sy msa 2, hanya ALLAH yg tahu..


Siti Aisyah..itulah nama yg diberi..siti aisyah, setelah lapan bulan berada dalam rahim kakak sulong sy, akhirnya dilahirkan tanpa nyawa..doktor mengesahkan yg siti aisyah sudah meninggal dlm kandungan kak long sy selama 7 hari sebelum dilahirkan..ssungguhnya ALLAH itu berkuasa ke atas ssuatu..cuba bayangkan ibu mana yg x kecewa, sedih, hampa kalau anak yg dikandungkannya dgn ssah pyah selama 8 bulan, dilahirkan tp scara automatik trus ke alam yg lain..tambah2 lagi ank sulong dan juga mrupakan ank sdara sulong kami smua adk-bradik..memang sedih..sy masih ingat raut wajah abg ipar dan mak sy saat menerima berita itu. Titisan air mata abg ipar sy masih segar dlm ingatan..namun, yg paling terkilan, kak long sy sendiri x sempat mnatap wajah siti aisyah. Tp, ALLAH maha besar, wlaupun kak long sy melahirkan ank pertama, yg mna klu dengar org kata, melahirkan ank pertama ni susah kan, tp ALHAMDULILLAH, kak long sy dpt bersalin dgn normal dan dlm keadaan yg cukup senang, x mhadapi ksulitan langsung..dan, dia melahirkan siti aisyah pun bukan dlm bilik bersalin, tp atas katil kt wad biasa..sbb lpas doktor x dpt dtect jantung baby pd msa 2, kak long sy trus dimasukkan dlm wad bersalin. Dan x smpai tempoh 24 jam drpd dimasukkan ke dlm wad, kak long sudah slamat melahirkan. ALLAH itu maha adil kan, walaupun anaknya meninggal, nmun ALLAH ringankan beban ibu utk mlahirkannya..maha suci ALLAH..


Pd malam pkebumian siti aisyah, kak long sy yg pd masa 2, msih dlm wad x putus2 hntar SMS kpd sy utk btanyakan bgaimana proses pkebumian dijalankan. Drpd awal hingga akhir, sy setia dgn telefon, dan sedia utk melaporkan stiap pkara yg dijalankan. Namun, sy x dpt menahan prasaan saat kak long sy bertanya kpd sy bgaimana rupa anaknya.ada iras sapa? Comel x? YA ALLAH..sedih sgt..dlm hati sy menyalahkan jururawat yg x spatutnya trus bwa pergi baby 2 lepas dilahirkan..wlaupun baby 2 dah mninggal, nmun mesti lah ibu nya nk menatap wajahnya buat kali pertama dan juga terakhir..ksian kak long sy..wlaupun pyah, tkut kakak sy bertambah sedih, sy ceritakan jgk serba sdikit..”baby comel sangat..ade iras2 abg long tp hidung dia mancung mcm kak long..” itulah yg sy beritahu kakak sy..namun, utk mnunaikan permintaannya spy ambil gambar siti aisyah, x dpt sy tunaikan..ade drpd klangan ahli kluarga yg x mbenarkan sy ambil gambar. Sedih la jugak, tp kakak sy dpt terima la..die kata, “ok..”. dan pada malam 2, nenek sy yg temankan kakak sy kt hospital pd mlam pngkebumian 2 cakap kak long sy menangis..ye la, sape yg x sedih kalau org lain msuk bilik bersalin, keluar dan msuk dlm wad balik dgn baby tp kakak sy…….melahirkan mcm org lain tp anaknya tiada..org lain dok main2 ngan anak tp dia……anaknya yg dikandungkan slama ini, blum sempat melihat dunia tp trus dibawa ke alam barzakh..malam itu, siti aisyah selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah abah sy..


Namun, kami sekeluarga percaya setiap berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin ALLAH ingin memberi yg lebih baik selepas ini..sy sangat terharu melihat kekuatan dan juga ketabahan kak long dan abg long sy..ikatan mereka juga bertambah kuat bila datangnya ujian sebegini.  


Dan kini, setelah sebulan lebih berlalu, kakak sy sdah smakin sihat dan insyaALLAH akn meneruskan perjuangannya sbg seorang pendidik lepas cuti rya cina ni..ssungguhnya ujian itu mbuatkan seseorang lebih kuat, lebih tabah.. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. jadi, jangan fikir ujian itu utk mlemahkan kita..think positive k..setakat ini dulu utk post ni ye..lain kali jumpa lg..assalamualaikum..
kak long & abg long tersayang..


e-one, adik, kak long & e-din..

0 comments: