0ooouuupppsss,,,ini kisah itik dan kura-kura..


Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.


Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.


Sekali Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum wbt..
sudah lama rasanya meninggalkan blog ini..kdang2 rasa mcm x pernah ada blog plak..^_^
tinggal pun bukan sebab apa..banyak sangat kerja, nak jenguk pun kdang2 x sempat..mintak maaf la ye blogku..(",) kawan2 yang lain pun dah jarang update blog..kat sini macam satu fenomena tau..bila seorang kawan 2 aktif kt blog, kwan2 smua pun akan ikut..then, bila dah x de mood, habis smua kawan2 pun x de mood..pelik sungguh..*_*

em,,akhir2 ni, terlalu byk isu ataupun perkara2 hangat timbul..x perlu la sy ceritakan sbb semua dah tahu rasanya..macam2 terjadi kt Malaysia kita sekarang ni..apa2 pun, doakanlah yg terbaik utk negara kita yg terchinta ni ye,, sedih tengok keadaan sekarang ni..

hurm,,x pe la..kita tinggalkan perkara 2 dulu..RAMADHAN bakal menjelma x lama lagi..waaa,,bestnye..tiap tahun kita semua mesti menantikan bulan ini kan,,bulan puasa, MASYAALLAH nikmatnya x terkata..insyaALLAH, sama2 kita gunakan peluang yg masih diberikan ALLAH SWT ini dengan sebaik mungkin..oo ya, semua dah buat persiapan ke untuk bulan puasa ni? 
kalau belum,,jom kita tengok kat bawah ni...


Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.



ha....jom kawan2, sama2 kita mempersiapkan diri utk menyambut ramadhan yang bakal tiba ni..smoga Ramadhan kali ini berkali-kali ganda LEBIH baik dari yg sebelum2 nya..insyaALLAH..
sampai sini saja dahulu..jumpa lagi..Assalamualaikum..

YA RASULULLAH..kami merinduimu..


Sesungguhnya kami merinduimu YA RASULULLAH....

Pemergianmu

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya


Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya


Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu..




Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud 

Budimu Rasulullah

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

BudiMu bagai air mengalir
JasaMu bak selaut mutiara
BaktiMu bagai segunung permata… Rasulullah

Wahai insan bernama Muhammad

Sungguh mulia pengorbananMu
Tidak kenal erti penat lelah
Ya Rasulullah

Assolatu 'alan Nabi

Wassalamu 'alar Rasul
Assyafi'il abtahi
Wa Muhammad 'arabi

Akan ku cuba

Teruskan perjuanganMu
Sesekali tidak ku kecewa
Walau rintangan jua halangan
Yang bakal menghalangi perjuangan

Kan ku selawat padaMu

Tanda bukti kecintaan
Moga mendapat pahala dan jua barakah

C/o

Wahai Nabi kekasih Allah
Sungguh tabah menempuh dugaan
Segala bakti pengorbananMu
Tuhan saja bisa membalasnya

Ku pohoh dicucuri rahmat

Ditetapkan iman di hati
Moga-moga ku menjadi insan yang berguna

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Senikata : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Hanya ENGKAU Yang Mampu..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Sudah lama rasanya blog ini sunyi tanpa post baru, dek masa yg sentiasa menghimpit dgn kerja2 yg berlambak dan perlu disiapkan segera..tapi hari ni, sy dapat mencuri sedikit masa utk meng'update' blog yg x sberapa ni..dan utk post kali ini sy rasa sgt suka utk berkongsi dgn sahabat2 semua berkenaan dgn 1 topik yg amat menarik sy rasa iaitu berkaitan dgn HIDAYAH..hidayah di sini bkannya nama seseorang tp hidayah yg dimaksudkan di sini ialah HIDAYAH ALLAH swt..saat jari menyelak satu persatu helaian sebuah buku yg bertajuk "Menyeru Kepada Allah; Panduan Utk Pendakwah Muda", sy begitu tertarik dgn tajuk pertama dlm buku ini iaitu "Hidayah Itu Hanya Milik Allah"..sebelum sy pergi lebih lanjut, kita lihat dulu pengertian hidayah. Mungkin ada setengah drpd kita yg masih tidak tahu ataupun terkeliru dgn makna sebenar hidayah..


HIDAYAH...apa itu hidayah???
(sumber : Kuliah Aqidah Islam. Drs. Yunahar Ilyas, Lc.)

Perkataan Al-Hidayah dalam Al Quran mempunyai dua pengertian :
  1. Ad-dilalah wal-irsyad (menunjuki dan membimbing) cth dalam QS Fushshilat :17 :
“Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”

2. Idkhalul iman ilal qalb (memasukkan iman ke dalam hati, atau menjadikan seseorang beriman). cth firman Allah dalam QS Al Qashash : 56 :

       “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk         kepada orang yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”

Dalam pengertian pertama, hidayah itu boleh dilakukan oleh para nabi, rasul, ulama', mubaligh, guru dan ssiapa sahaja yg mampu dan mahu melakukannya. Tetapi hidayah dlm pengertian kedua itu hanyalah mutlak milik ALLAH SWT. Dalam surat An Nahl : 93 ditegaskan lagi oleh firman Allah SWT :

“Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki- Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki- Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.”

Jadi di sini ingin sy tegaskan bahawa hidayah itu hanyalah milik ALLAH. Seperti dlm pengertian pertama tadi, hidayah yg berupa memberi petunjuk dan membimbing itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja TETAPI yg menggerakkan dan membukakan hati sesorang, yg memasukkan iman ke dalam hati, atau menjadikan seseorang beriman itu hanya ALLAH SWT sahaja yg mampu. Jadi di sini jika kita lihat dlm aspek dakwah, seseorang dai'e itu boleh mengajak kepada kebenaran, kebaikan serta memberikan nasihat yg baik, tetapi seseorang da'ie itu tidak boleh memaksa mad'u nya menerima serta mematuhi ajakannya, kenapa??? kerana HIDAYAH itu hanya milik ALLAH. Jika mad'u itu masih belum boleh menerima ajakannya, mungkin ia belum dikurniakan hidayah oleh ALLAH swt.. Walaupun begitu, seseorang dai'e itu tidak seharusnya mudah putus asa ataupun mudah melenting jika mad'u nya tidak mengikut ajakannya. Seseorang dai'e itu mesti membawa bekalan kesabaran, ketabahan,serta kuat semangat dan tidak mudah asa bersamanya jika dia betul2 ingin mengajak org kpd kebaikan.

Jika kita merenung kembali sirah Rasulullah SAW, walaupun baginda merupakan seorang insan yg mulia, sebaik-baik manusia dan juga merupakan kekasih ALLAH swt, baginda juga tidak mampu utk memberi hidayah kpd manusia, kecuali dgn izin ALLAH swt. 
Firman Allah Subhanahu wata’ala :

(إنك لا تهدى من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين)
“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah
(petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi
petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS. Al qoshosh, 56)

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori, dari Ibnul Musayyab, bahwa
bapaknya berkata : “Ketika Abu Tholib akan meninggal dunia, maka
datanglah Rasulullah, dan pada saat itu Abdullah bin Abi Umayyah, dan
Abu Jahal ada disisinya, lalu Rasulullah bersabda kepadanya :

"يا عم، قل لا إله إلا الله كلمة أحاج لك بها عند الله"
“Wahai bapa saudaraku, ucapkanlah “la ilaha illallah” kalimat yang dapat aku jadikan bukti untukmu dihadapan Allah”.

Tetapi Abdullah bin Abi Umayyah dan Abu Jahal berkata kepada
Abu Tholib : “Apakah kamu membenci agama Abdul Muthollib ?”, kemudian Rasulullah mengulangi sabdanya lagi, dan mereka berduapun mengulangi kata-katanya pula, maka ucapan terakhir yang dikatakan oleh Abu Tholib adalah : bahwa ia tetap masih berada pada agamanya Abdul Mutholib, dan dia menolak untuk mengucapkan kalimat la ilah illallah, kemudian Rasulullah bersabda : “sungguh akan aku mintakan ampun untukmu pada Allah, selama aku tidak dilarang”, lalu Allah menurunkan firmanNya :

(ما كان للنبي والذين آمنوا أن يستغفروا للمشركي)
“Tidak layak bagi seorang Nabi serta orang-orang yang beriman
memintakan ampunan (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik” (QS. Al bara’ah, 113).

Nabi Muhammad SAW sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya, meskipun di hujung nafas, bapa saudara baginda masih lagi tidak mendapat hidayah drpd ALLAH. meskipun baginda sedaya upaya memujuk bapa saudaranya utk mengucapkan kalimah syahadah, tetapi masih lg dia enggan. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa hidayah itu bkannya sesuatu yg boleh diwarisi, cth lain ialah kisah nabi Nuh AS yg tidak mampu menyelamatkan isteri dan anaknya drpd kemurkaan ALLAH..isteri dan anaknya tetap tidak mahu menerima ajaran yg dibawa nabi Nuh shingga mereka bersama kaum2 nabi Nuh yg lain ditimpa bencana, ditenggelami banjir besar. MasyaALLAH..begitulah kekuasaan ALLAH..

Kepada semua yg bergelar dai'e, ingatlah bahawa kita bekerja yakni berdakwah bkn untuk memberi hidayah, sebaliknya kita bekerja dgn harapan agar ALLAH SWT memberi hidayah kpd mereka. Hasilnya tdk dpt kita lihat dlm masa yg singkat ataupun shari dua, ttapi jika kita istiqomah serta konsisten dlm melakukan kerja dakwah, insyaALLAH dgn izin ALLAH, mereka yg diseru itu akn mdapat hidayah drpd ALLAH..jika tidak hari ini, mgkin esok, jika tidak esok, barangkali lusa dan bgitulah seterusnya.. apa yg penting jgn pernah berputus asa..teruskan perjuangan!!!  



Inteam-Stand Together


Assalamualaikum wbt..
untuk sahabat2, sy cuma nak kongsi bersama sbuah lagu nasyid drpd kumpulan in-team, stand together..
lagu ni best, lirik die pun ok dan ade mesej tsendiri..just enjoy urself..^_^

Stand Together

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand

We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what's pure and right

We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah's light

In our hearts can't fake it
When Allah's love embraced
Together we can make it
The world a better place

Everything in life
We can take everything in stride
Cause we live in this worldly life
Can only try

Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another

And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

Senilagu : Syah In-Team (Inteam Records)
Senikata : Lina (NHNI)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Mohd Syahril Ab Khalid (Inteam Records)
Susunan Muzik : Greg Syafiq Henderson

Jangan Sambut Valentine..HARAM!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.


Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)

 
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)

Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)

Pendapat keempat.  
menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.

Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Dalam Hidup Ni, Kita Cuma Ada 3 Hari je..Apa Anda Nak Buat???

Dalam hidup yang kita jalani ini, kita cuma mempunyai 3 hari sahaja..nak tau apa yg 3 hari tu??
meh nak habaq..

1st Day....hari apa itu ye?????

Hari pertama : Hari kelmarin.
Hari kelmarin, sudah berlalu pergi..
Kita tak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi.
Kita tak boleh menarik perkataan yang telah terucapkan.
Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang kita rasakan kelmarin.
Jadi...Biarkan hari kelmarin itu berlalu pergi dan beristirahat dengan tenang..lepaskan saja ia pergi.....

haa....2nd day pulak.....

Hari kedua : hari esok.
Hingga mentari esok hari terbit,
Kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Kita tak boleh melakukan apa-apa esok hari.
Kita tak mungkin sedih atau ceria di esok hari.
Esok hari belum tiba.
Jadi...belum tentu hari esok kita akan tempuh..biarkan saja..

3rd day............

Yang ada dan tersisa kini hanyalah hari ini.
Pintu masa lalu telah tertutup,
Pintu masa depan pun belum tiba.
Tumpukan saja diri kita untuk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.
Hiduplah hari ini. sebab... masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit.
Hiduplah apa adanya. Kerana yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang abadi.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meski mereka berlaku buruk pada kita.
Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin besok cerita sudah berganti.
Ingatlah bahwa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka, tetapi karena siapakah diri kita sendiri
Jadi.. jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau masa depan membuatmu
bingung, lakukan yang terbaik HARI INI dan lakukan sekarang juga..
NOW!!!

Hebatnya Kalau Kita Dapat Menulis Di Atas Pasir Kan???



"Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorangnya menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati,tapi tanpa berkata- kata, dia menulis di atas pasir : "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU."
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang,dia menulis di sebuah batu : "HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU."
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”
Temannya sambil tersenyum menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin.”



MasyaALLAH..hebat kan kalau kita boleh menulis di atas pasir seperti sahabat tadi..walaupun sahabatnya tadi telah melukakan hatinya, tapi dia menulisnya di atas pasir agar angin membawa tulisan itu pergi seterusnya rasa sakit hati itu juga turut pergi dari hatinya..
memang x dapat dinafikan, dlm hidup ini, kita sering berbeza pendapat ataupun berlakunya konflik antara sahabat2, tapi alangkah indahnya jika kita belajar memaafkan dan melupakan kisah lalu..mungkin ada sesetengah orang yang susah nak maafkan orang bahkan payah nak lupakan sesuatu yg berlaku, tapi, x salah kita mencuba kan.."JANGAN KATA TAK BOLEH JIKA KITA BELUM MENCUBA" ataupun sekurang-kurangnya, belajarlah..belajar untuk memaafkan..sifat pemaaf itu kan disukai oleh ALLAH dan juga Rasulullah SAW. 
dan, apabila seseorang berbuat baik kepada kita, tulislah ia di atas batu agar ia x akan hilang dan ditiup angin. selalu lah ingat sesuatu kebaikan yg seseorang itu pernah lakukan kepada kita, walaupun kebaikan yg dilakukannya tidak lah sebesar mana, namun, tetaplah tulis ia di atas batu agar nanti suatu saat, jika seseorang itu melukakan hati kita, kita dpt ingat dan sedar bhawa dia pernah melakukan kebaikan kpd kita. selalulah hargai apa yg kita ada, apa yg berada di sekeliling kita. belajarlah untuk memaafkan dan menghargai segala kebaikan..

Seperti jua kata para hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah  kebaikan org  pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”.kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk  akan kembali kepadaNya.marilah kita sama2 belajar menulis diatas pasir.
Menuliskan hal yg tidak baik diatas “pasir” , agar masih ada kesempatan hembusan angin maaf akan menghapusnya kelak.
Belajarlah menulis kebaikan di atas batu
Selalu lah ingat kebaikan yg pernah kita terima dari orang lain..
insyaALLAH..ayuh sama2 kita BELAJAR!!!




دعاء الرابطة






Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…


-smoga hati2 kta smua bersatu dlm pjuangan demi matlamat yang SATU..

Siti Aisyah..Terima Kasih Kerana Pernah Hadir Dalam Hidup Kami..

Assalamualaikum wbt..
semakin rajin je jejari ni mnaip kt sni ye..kta x nak update tp ttibe pulak rsa rajin smacam..pelik sungguh..mood boleh sentiasa berubah-ubah..utk post kali ni, just nak cerita la sikit antara peristiwa2 yg berlaku sepanjang cuti hujung tahun akhir hari 2..percutian sy bersama family bermula dengan trip ke dungun, terengganu..tujuan asalnya cuma nak menghadiri majlis konvokesyen sepupu yg baru sahaja tamat belajar drpd UiTM Dungun..so, alang2 dah sampai Terengganu 2 kan, jalan2 sekali la..walaupun x banyak tempat yg sempat pergi tp, ia sangat best la sbb dapat bsama dgn family..bukan senang nak berkumpul rmai2 ngan family, time cuti macam ni je la..ni la antara foto2 yg sempat diambil sepanjang berada di sana..


bersama nenek, mak su, ayh su, mak yah & spupu yg chumil2 sume..
tempat persinggahan kami..
masyaALLAH..indahnya ciptaan ALLAH SWT..
Namun, tanpa disangka, tanpa diminta, ujian pula yang melanda keluarga kami..bermula dengan keceriaan, keseronokan, namun berakhir dengan kesedihan, kehampaan..alangkah terkejutnya ketika berita itu sampai kpd sy..semua perasaan bercampur-baur..sedih, kecewa, hampa..betul ke ni?? Knape boleh jd macam ni?? Kenape?? Itulah persoalan yg bermain dlm kotak fikiran..namun itulah kenyataan, itulah hakikat..nak x nak, sy dan keluarga harus terima..hati sedih bertambah sayu tatkala melihat sekujur tubuh kecil itu lena dalam tidur yg panjang..belum sempat mengenal dunia, belum sempat melihat kebesaran alam ciptaan ALLAH, belum sempat bersua muka dengan insan yang mengandungkannya selama 8 bulan, dia pergi meninggalkan kami semua..perasaan sy msa 2, hanya ALLAH yg tahu..


Siti Aisyah..itulah nama yg diberi..siti aisyah, setelah lapan bulan berada dalam rahim kakak sulong sy, akhirnya dilahirkan tanpa nyawa..doktor mengesahkan yg siti aisyah sudah meninggal dlm kandungan kak long sy selama 7 hari sebelum dilahirkan..ssungguhnya ALLAH itu berkuasa ke atas ssuatu..cuba bayangkan ibu mana yg x kecewa, sedih, hampa kalau anak yg dikandungkannya dgn ssah pyah selama 8 bulan, dilahirkan tp scara automatik trus ke alam yg lain..tambah2 lagi ank sulong dan juga mrupakan ank sdara sulong kami smua adk-bradik..memang sedih..sy masih ingat raut wajah abg ipar dan mak sy saat menerima berita itu. Titisan air mata abg ipar sy masih segar dlm ingatan..namun, yg paling terkilan, kak long sy sendiri x sempat mnatap wajah siti aisyah. Tp, ALLAH maha besar, wlaupun kak long sy melahirkan ank pertama, yg mna klu dengar org kata, melahirkan ank pertama ni susah kan, tp ALHAMDULILLAH, kak long sy dpt bersalin dgn normal dan dlm keadaan yg cukup senang, x mhadapi ksulitan langsung..dan, dia melahirkan siti aisyah pun bukan dlm bilik bersalin, tp atas katil kt wad biasa..sbb lpas doktor x dpt dtect jantung baby pd msa 2, kak long sy trus dimasukkan dlm wad bersalin. Dan x smpai tempoh 24 jam drpd dimasukkan ke dlm wad, kak long sudah slamat melahirkan. ALLAH itu maha adil kan, walaupun anaknya meninggal, nmun ALLAH ringankan beban ibu utk mlahirkannya..maha suci ALLAH..


Pd malam pkebumian siti aisyah, kak long sy yg pd masa 2, msih dlm wad x putus2 hntar SMS kpd sy utk btanyakan bgaimana proses pkebumian dijalankan. Drpd awal hingga akhir, sy setia dgn telefon, dan sedia utk melaporkan stiap pkara yg dijalankan. Namun, sy x dpt menahan prasaan saat kak long sy bertanya kpd sy bgaimana rupa anaknya.ada iras sapa? Comel x? YA ALLAH..sedih sgt..dlm hati sy menyalahkan jururawat yg x spatutnya trus bwa pergi baby 2 lepas dilahirkan..wlaupun baby 2 dah mninggal, nmun mesti lah ibu nya nk menatap wajahnya buat kali pertama dan juga terakhir..ksian kak long sy..wlaupun pyah, tkut kakak sy bertambah sedih, sy ceritakan jgk serba sdikit..”baby comel sangat..ade iras2 abg long tp hidung dia mancung mcm kak long..” itulah yg sy beritahu kakak sy..namun, utk mnunaikan permintaannya spy ambil gambar siti aisyah, x dpt sy tunaikan..ade drpd klangan ahli kluarga yg x mbenarkan sy ambil gambar. Sedih la jugak, tp kakak sy dpt terima la..die kata, “ok..”. dan pada malam 2, nenek sy yg temankan kakak sy kt hospital pd mlam pngkebumian 2 cakap kak long sy menangis..ye la, sape yg x sedih kalau org lain msuk bilik bersalin, keluar dan msuk dlm wad balik dgn baby tp kakak sy…….melahirkan mcm org lain tp anaknya tiada..org lain dok main2 ngan anak tp dia……anaknya yg dikandungkan slama ini, blum sempat melihat dunia tp trus dibawa ke alam barzakh..malam itu, siti aisyah selamat dikebumikan di sebelah pusara arwah abah sy..


Namun, kami sekeluarga percaya setiap berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin ALLAH ingin memberi yg lebih baik selepas ini..sy sangat terharu melihat kekuatan dan juga ketabahan kak long dan abg long sy..ikatan mereka juga bertambah kuat bila datangnya ujian sebegini.  


Dan kini, setelah sebulan lebih berlalu, kakak sy sdah smakin sihat dan insyaALLAH akn meneruskan perjuangannya sbg seorang pendidik lepas cuti rya cina ni..ssungguhnya ujian itu mbuatkan seseorang lebih kuat, lebih tabah.. Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. jadi, jangan fikir ujian itu utk mlemahkan kita..think positive k..setakat ini dulu utk post ni ye..lain kali jumpa lg..assalamualaikum..
kak long & abg long tersayang..


e-one, adik, kak long & e-din..