Hati...


HATI..segumpal darah yg sangat sukar dijaga dan dididik..
sangat susah utk menundukkan hati utk mengikut dan bertindak dia ats landasan yg benar..shingga ramai manusia yg terpesong dan terbabas dr landasan yg sbenar gara2 mengikut kata hati yg tlh pun dihasut dan diracuni oleh musuh utama, iaitu SYAITAN yg direjam..rmai juga mnusia di akhir masa ini diserang penyakit hati..penyakit hati, penyakit yg pling merbahaya bg org ISLAM..penyakit yg tdk dpt dilihat mlalui mata kasar..penyakit yg tersembunyi dan bselindung di dlm diri tanpa seorang pun yg mengetahui melainkan AL-KHALIQ dan pemilik hati itu sendiri..
bahayanya penyakit hati krn ia boleh merosakkan dan mmusnahkan amal ibadat serta kebaikan yg dilakukan oleh sesorang MUSLIM..contohnya penyakit hati seperti RIYAK,'UJUB dan TAKABBUR..(YA ALLAH..jauhilah dan lindungilah kami drpd penyakit ini..)
ubat bg penyakit ini tiada dijual di farmasi ataupun di hospital2..penyakit ini tdk boleh diubat dan dirawat oleh doktor2 meskipun doktor pakar sekalipun..ubat bg penyakit ini tdk perlu dibeli dan tdk perlu menggunakan wang..ingin tahu apakah ubatnya? 
ikuti kisah dibawah ini.........................................................................................

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

>>ayuh, marilah kita sama2 menjaga dan merawat hati kita..
hindari dan jauhi diri anda drpd penyakit2 hati yg hanya akan mmusnahkan diri anda..

<<semoga dpt dimanfaatkan...

0 comments: