Siapakah Orang Itu???

Siapakah orang itu?? siapakah dia??

Siapakah orang yg sombong?
>> Orang yg sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu ALLAH Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yg telah mati hatinya?
>> Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yg dunggu kepala otaknya?
>> Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat?
>> Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yg lemah?
>> Orang yg lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yg bakhil?
>> Orang yg bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yg buta?
>> Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik
namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yg sibuk?

>> Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya?

>> Orang yg mempunyai senyuman yang manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara?

>> Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yg kaya?

>> Orang yg kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin?

>> Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg pandai?

>> Orang yg pandai adalah orang yg bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yg bodoh?

>> Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yg maju dalam hidupnya?

>> Orang yg maju dalam hidupnya adalah orang-orang yg senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya?

>> Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yg gila itu?

>> Orang yg gila itu adalah orang yg tidak sembahyang, kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi?

>> Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu ditipu?

>> Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik?

>> Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg paling luas?

>> Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

>> Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa
amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal?

>> Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yg menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Jadi, siapakah kita??
fikir2kan, renung2kan..muhasabah diri..
~ wallahu a'lam.. ~

0 comments: